Sunday, October 7, 2012

Logo

LOGO adalah singkatan daripada “logo gram” atau lebih mudah disebut lambang atau tanda pergerakan bagi sebuah syarikat, pertubuhan kelab, persatuan  dan sesuatu aktiviti. Bagi sesebuah syarikat perniagaan logo diistilahkan sebagai tanda perniagaan(trademarks).

CIRI-CIRI LOGO
1. Mudah dan ringkas
2. Mempunyai identiti tepat untuk organisasi.
3. Keaslian.
4. Identiti tersendiri.
5. Keagungan.
6 .Mengikut ciri-ciri unsur senireka dan prinsip rekaan.
7.Mesej yang jelas dan tepat.
8.Kemas dan bersih.

Logo dikatakan mempunyai mempunyai nilai keagungan bagi sesebuah syarikat perniagaan yang melambangkan kegagahan, kekuatan dan boleh diterima ramai.  Selain iaitu mempunyai nilai teguh, selamat dan kukuh.
Contoh : Logo Syarikat Kawalan Keselamatan

JENIS-JENIS LOGO

LOGO HURUF
Logo huruf menggunakan huruf atau muka taip untuk menghasilkan imej logo.  Logo huruf ada tiga jenis:-
a) Logo Perkataan-
Contohnya Dunhill, Avon, Coca Cola, Pepsi dan sebagainya.
b) Logo huruf Ringkas
Contohnya: A&W, TV3, ASTRO dan sebagainya
c)Logo  Huruf  dan Imej
Contohnya 7UP, F&N, IBM, SUZUKI, TOYOTA, PROTON

LOGO REPRESENTASI
Dalam bahasa Inggeris logo ini  dikenali pictorid logos atau pictogram.
Reka bentuk logo ini berdasarkan objek: alam sekeliling dan dan objek benda.
Terdapat dua jenis logo huruf :
a) Logo repsesentasi  imej:- hanya menggunakan imej sebagai presentasi.
b)Logo kombinasi huruf dan imej :- menggabungkan muka taip dan imej
c) Logo huruf dan representasi
Logo ini adalah logo korporat yang dibuat dalam dua bentuk iaitu logo huruf dan logo representasi. Kedua-dua bentuk ini masukkan sebagai satu logo misalnya logo Pizza, Mas, Hut, Kentucky Fried Chicken, MacDonald dan sebagainya.


LOGO SIMBOL
Logo simbol mendekati logo representasi. Logo ini menggunakan simbil imej untuk menerangkan imej untuk menerangkan sesuatu kumpulan atau pertubuhan. Contohnya ialah logo Parti Barisan Nasional  menggunakan simbol dacing, Parti PAS menggunakan simbol  bulan, DAP menggunakan simbol roket dan sebagainya.

KOLEKSI LOGO



by : visual  art

No comments:

Post a Comment